Dua tiga hari ini kita dikejutkan dengan berita seorang bapa menyembelih anak dia sendiri yang berumur 3 tahun.... Hairan betul aku kenapa seorang bapa tergamak melakukan sedemikian.... Kemana perginya rasa kasih dan sayang seorang bapa....
Dan satu lagi kes yang lepas dimana seorang bapa dikatakan tidak senghaja telah menyimbah cuka getah ke atas isteri dan 2 orang anak mereka gara2 kerana RM30 yang dia minta dari isterinya tetapi tidak diberi oleh si isteri dan berlaku pergelutan antara suami isteri.... Sehinggakan si suami menjadi hilang pertimbangan dan menyimbah cuka getah ke muka isteri, turut terkena simbahannya, 2 orang anak beliau dan juga ibu mertuanya..... Sehingga kini isterinya dan anaknya masih dirawat di hospital....
Apa nak jadi dengan umat Nabi Muhammad di akhir zaman ini.... Kemana hilangnya nilai kemanusiaan....
No comments:
Post a Comment