kul 6.00 pagi kitorang dah sampai masjid klia untuk sembahyang subuh dulu, lepas sembahyang subuh barulah terus ke airport. sampai di sana mak pun telefon mengatakan yang dia dah sampai... tapi masih kat dalam tunggu bag. kami pun tunggu kat luar dengan hati yang berdebar-debar... setiap jemaah haji yang muncul abg ipar aku akan kata 'ha... tu mak, tu mak...' kitorang pun mula tercari-cari... padahal orang lain... dia saja main2. sampai masa betul2 mak yang keluar kitorang langsung tak percaya... bila dia kata 'betul mak tu...' baru la kitorang semua tengok... rupanya betul mak dah keluar....
..MaGgi kU suDaH KeMbanG..
Sunday, December 12, 2010
alhamdulillah...
alhamdulillah... lupa aku nak update yang mak aku telah selamat pulang dari tanah suci pada 27 November lepas. ayat pertama yang mak aku sebut pada aku waktu memeluk aku di klia adalah 'lama betul mak tinggalkan adi...'.
pada mulanya kapal terbang dijangka akan sampai pada pukul 1.30 pg, tapi pada pukul 5.00 ptg (waktu malaysia) mak aku telefon dari Jeddah yang dia dan yang lain masih belum naik pesawat lagi, jadi mak aku cakap mungkin lewat sampai klia. yang confirm nak ikut aku ke klia adalah akak dan abang aku yang kat senawang. kul 9.00 mlm aku dah tido dah... sebab hari tu memang penat betul rasanya... dari perkiraan aku, kul 3.00 pagi kena gerak dari umah sebab mungkin mak akan sampai klia pada pukul 4.30 pagi... tapi bila aku bangun dari tido kul 3.00 pagi... ada satu message kat tepon aku. message tu dari tabung haji... rupanya kapal terbang delay lagi, kul 6.00 pg baru sampai... pagi tu abah bangun terlewat sikit... kul 3.15 baru tersedar... bangun2 jer dia cakap ' cepat2 siap dah lambat dah ni'... punya la dia risau takut terlambat ambik mak kat airport. bila aku bagi tau yang kapal terbang delay... baru dia tak kelam kabut...
kami pun bergilir-gilir berpelukan ngan mak, aku tak boleh tahan air mata ku untuk keluar menitiskan air mata.... dan last sekali baru mak dan abah berpelukan... kami pun sempat amik gambar di airport beramai-ramai....
Wednesday, October 13, 2010
pemergian emak ke tanah suci
salam semua.... lama juga rasanya aku tak update blog aku ni... pada tanggal 11hb October 2010 yang lepas. mak aku telah selamat pergi menunaikan ibadah haji. aku sekeluarga telah menghantar emak ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Setelah tiga tahun memohon dengan tabung haji untuk menunaikan haji tapi tetap tidak terpilih untuk menunaikan haji. akhir sekali emak mengambil keputusan untuk mengambil pakej haji dengan sebuah agensi iaitu Zahafiz Travel. memanglah harganya 2 kali ganda dari yang tabung haji tawarkan. tetapi kalau nak tunggu tabung haji alamatnya mungkin emak aku tidak berkesempatan untuk menunaikan haji. mana tidaknya, dijangkakan emak hanya layak pergi dengan tabung haji adalah pada tahun 2020. pada masa tu umur emak dah berapa tahun? 81 tahun, larat lagi ke diusia 81 tahun pergi menunaikan haji? hidup lagi kah dia?
aku harap emak aku selamat pergi dan balik, dipermudahkan mengerjakan segala rukun haji dan sihat hendaknya. menangis juga aku bila berpelukan dengan emak semasa dia hendak pergi. mana tidaknya, emak mana pernah pergi jauh, apakan pulak seorang diri. demi hasrat emak, aku rela melepaskan dia pergi. banyak kali emak pesan agar aku doakan dia di sana. insya Allah mak, mak jangan risau, aku akan doakan mak. kalau bukan aku yang akan mendoakan dia, siapa lagi....
Sunday, September 5, 2010
zakat fitrah
alhamdulillah.... ibadah puasa yang kita jalani sudah hampir ke penghujungnya.... kepada siapa yang benar-benar menjalankan ibadah di bulan ramadhan ini... insya Allah dia akan mendapat bahagian yang dijanjikan... tetapi bagi mereka yang menganggap bulan ramadhan ini sama seperti bulan-bulan yang lain... jadi dia adalah orang yang rugi... terpulang pada diri masing-masing... jalan sudah terbentang, terpulang kepada kita jalan mana satu yang ingin kita pilih.
satu lagi ibadah yang harus kita lakukan dibulan ramadhan ini adalah menunaikan zakat fitrah. janganlah kita lupa pulak yer... tahun ni fitrah yang kita kena bayar cuma RM 7.00 jer... jauh lebih murah dengan sekotak rokok. kita cuma perlu bayar fitrah ni cuma setahun sekali jer... harap-harap takderlah kawan-kawan yang terlupa yer...
sambil kita membayar fitrah... sebenarnya kita sedang membantu kawan-kawan kita yang hidup di dalam kesusahan, anak-anak yatim dan fakir miskin. sebenarnya dalam rezeki yang kita dapat, ada rezeki untuk orang lain juga di dalamnya.... selamat membayar fitrah....

Wednesday, August 25, 2010
nilai kemanusiaan
Dua tiga hari ini kita dikejutkan dengan berita seorang bapa menyembelih anak dia sendiri yang berumur 3 tahun.... Hairan betul aku kenapa seorang bapa tergamak melakukan sedemikian.... Kemana perginya rasa kasih dan sayang seorang bapa....
Dan satu lagi kes yang lepas dimana seorang bapa dikatakan tidak senghaja telah menyimbah cuka getah ke atas isteri dan 2 orang anak mereka gara2 kerana RM30 yang dia minta dari isterinya tetapi tidak diberi oleh si isteri dan berlaku pergelutan antara suami isteri.... Sehinggakan si suami menjadi hilang pertimbangan dan menyimbah cuka getah ke muka isteri, turut terkena simbahannya, 2 orang anak beliau dan juga ibu mertuanya..... Sehingga kini isterinya dan anaknya masih dirawat di hospital....
Apa nak jadi dengan umat Nabi Muhammad di akhir zaman ini.... Kemana hilangnya nilai kemanusiaan....

Friday, August 20, 2010
masalah yg semakin menjadi....
alhamdulillah.... aku baru jer lepas sahur.... sementara nak menunggu azan subuh... aku nak coret la sikit tentang masalah sekarang yg semakin menjadi-jadi.... tak taulah kemana perginya perasaan kasih dan sayang sehingga sanggup membuang bayi di dalam tong sampah, dicampak ke sungai dan ditinggalkan di depan rumah orang... tak takutkah mereka dengan dosa... sudah membuat dosa kerana berzina, ditambahkan lagi dengan dosa kerana membunuh bayi...
Ada orang sampai bertahun-tahun kahwin tapi masih tak dapat anak... mereka yg senang dapat anak pula tak mahukan anak mereka lalu dibuang disana-sini... Tuhan tu saja nak tunjuk yg mereka ni berzina, lalu di bagi bukti iaitu anak itu sendiri...
Terbayang anak aku Adam Haikal yg baru berumur 7 bulan... comel jer.. kalau dalam kepenatan balik dari kerja tengok dia gelak... hilang rasanya semua kepenatan... kalau kakak dia jangan cerita la... dia dengar jer aku balik, pasti dia bukak pintu dan menjerit 'ayah... naper ayah balik lambat?'.
Inilah harta yg paling berharga yg aku ada.... aku pasti anda yg mempunyai anak juga pasti akan rasa apa yg aku rasa... tapi aku juga hairan kenapa ada bapa yg baru-baru ini sanggup menyimbah anak mereka dengan cuka getah... kesian budak kecil tu... apalah yg mereka tahu. Gelapla masa depan anak kecil itu.... apa la dosa mereka...
![]() |

maggiku sudah kembang
assalamualaikum semua....
sebenarnya telah lama aku tak menulis blog, aku ada satu blog yg lebih kepada kerjaya aku.... tapi hari ini aku buat satu blog lagi yg ia lebih kepada diriku sendiri.... pada mulanya aku tercari cari gak apa nama aku nak letak sebagai tajuk blog aku ni.... lastly aku teringat satu ayat yg keluar dari mulut Alex (raja lawak).... kalau Alex baca blog aku ini... aku harap dia tak marah kerana aku guna ayat dia untuk dijadikan tajuk blog aku..... (perasan... mana datang dia nak baca blog aku)....
aku tak tau tajuk ini sesuai atau tak... tapi lantak la... blog aku... bukan blog korang... haha.... sebenarnya aku menulis blog ni pada waktu aku keje malam... disebabkan ke'boring'an yg dah sampai tahap gaban org kata... so, aku buatlah blog..... pada masa ni semua staff aku tgh tido... sebab takder keje yg nak dibuat.... aku dah tido tadi... so, mata dah takleh nak lelap... kalau tak aku rasa aku pun tgh tido ni....
minggu ni aku tak berpeluang untuk pergi sembahyang terawih sebab aku kerja petang.... minggu depan dapat la aku menunaikan sembahyang terawih sebab aku keje pagi... macam ni la kalau keje shif... apa boleh buat... dah nasib badan...

Subscribe to:
Posts (Atom)