Wednesday, October 13, 2010

pemergian emak ke tanah suci



salam semua.... lama juga rasanya aku tak update blog aku ni... pada tanggal 11hb October 2010 yang lepas. mak aku telah selamat pergi menunaikan ibadah haji. aku sekeluarga telah menghantar emak ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Setelah tiga tahun memohon dengan tabung haji  untuk menunaikan haji tapi tetap tidak terpilih untuk menunaikan haji. akhir sekali emak mengambil keputusan untuk mengambil pakej haji dengan sebuah agensi iaitu Zahafiz Travel. memanglah harganya 2 kali ganda dari yang tabung haji tawarkan. tetapi kalau nak tunggu tabung haji alamatnya mungkin emak aku tidak berkesempatan untuk menunaikan haji. mana tidaknya, dijangkakan emak hanya layak pergi dengan tabung haji adalah pada tahun 2020. pada masa tu umur emak dah berapa tahun? 81 tahun, larat lagi ke diusia 81 tahun pergi menunaikan haji? hidup lagi kah dia?
aku harap emak aku selamat pergi dan balik, dipermudahkan mengerjakan segala rukun haji dan sihat hendaknya. menangis juga aku bila berpelukan dengan emak semasa dia hendak pergi. mana tidaknya, emak mana pernah pergi jauh, apakan pulak seorang diri. demi hasrat emak, aku rela melepaskan dia pergi. banyak kali emak pesan agar aku doakan dia di sana. insya Allah mak, mak jangan risau, aku akan doakan mak. kalau bukan aku yang akan mendoakan dia, siapa lagi....