Wednesday, August 25, 2010

nilai kemanusiaan

Dua tiga hari ini kita dikejutkan dengan berita seorang bapa menyembelih anak dia sendiri yang berumur 3 tahun.... Hairan betul aku kenapa seorang bapa tergamak melakukan sedemikian.... Kemana perginya rasa kasih dan sayang seorang bapa....


Dan satu lagi kes yang lepas dimana seorang bapa dikatakan tidak senghaja telah menyimbah cuka getah ke atas isteri dan 2 orang anak mereka gara2 kerana RM30 yang dia minta dari isterinya tetapi tidak diberi oleh si isteri dan berlaku pergelutan antara suami isteri.... Sehinggakan si suami menjadi hilang pertimbangan dan menyimbah cuka getah ke muka isteri, turut terkena simbahannya, 2 orang anak beliau dan juga ibu mertuanya..... Sehingga kini isterinya dan anaknya masih dirawat di hospital....


Apa nak jadi dengan umat Nabi Muhammad di akhir zaman ini.... Kemana hilangnya nilai kemanusiaan....

Friday, August 20, 2010

masalah yg semakin menjadi....

alhamdulillah.... aku baru jer lepas sahur.... sementara nak menunggu azan subuh... aku nak coret la sikit tentang masalah sekarang yg semakin menjadi-jadi.... tak taulah kemana perginya perasaan kasih dan sayang sehingga sanggup membuang bayi di dalam tong sampah, dicampak ke sungai dan ditinggalkan di depan rumah orang... tak takutkah mereka dengan dosa... sudah membuat dosa kerana berzina, ditambahkan lagi dengan dosa kerana membunuh bayi...

Ada orang sampai bertahun-tahun kahwin tapi masih tak dapat anak... mereka yg senang dapat anak pula tak mahukan anak mereka lalu dibuang disana-sini... Tuhan tu saja nak tunjuk yg mereka ni berzina, lalu di bagi bukti iaitu anak itu sendiri...

Terbayang anak aku Adam Haikal yg baru berumur 7 bulan... comel jer.. kalau dalam kepenatan balik dari kerja tengok dia gelak... hilang rasanya semua kepenatan... kalau kakak dia jangan cerita la... dia dengar jer aku balik, pasti dia bukak pintu dan menjerit 'ayah... naper ayah balik lambat?'.

Inilah harta yg paling berharga yg aku ada.... aku pasti anda yg mempunyai anak juga pasti akan rasa apa yg aku rasa... tapi aku juga hairan kenapa ada bapa yg baru-baru ini sanggup menyimbah anak mereka dengan cuka getah... kesian budak kecil tu... apalah yg mereka tahu. Gelapla masa depan anak kecil itu.... apa la dosa mereka...




maggiku sudah kembang

assalamualaikum semua....

sebenarnya telah lama aku tak menulis blog, aku ada satu blog yg lebih kepada kerjaya aku.... tapi hari ini aku buat satu blog lagi yg ia lebih kepada diriku sendiri.... pada mulanya aku tercari cari gak apa nama aku nak letak sebagai tajuk blog aku ni.... lastly aku teringat satu ayat yg keluar dari mulut Alex (raja lawak).... kalau Alex baca blog aku ini... aku harap dia tak marah kerana aku guna ayat dia untuk dijadikan tajuk blog aku..... (perasan... mana datang dia nak baca blog aku)....


aku tak tau tajuk ini sesuai atau tak... tapi lantak la... blog aku... bukan blog korang... haha.... sebenarnya aku menulis blog ni pada waktu aku keje malam... disebabkan ke'boring'an yg dah sampai tahap gaban org kata... so, aku buatlah blog..... pada masa ni semua staff aku tgh tido... sebab takder keje yg nak dibuat.... aku dah tido tadi... so, mata dah takleh nak lelap... kalau tak aku rasa aku pun tgh tido ni....
minggu ni aku tak berpeluang untuk
pergi sembahyang terawih sebab aku kerja petang.... minggu depan dapat la aku menunaikan sembahyang terawih sebab aku keje pagi... macam ni la kalau keje shif... apa boleh buat... dah nasib badan...